Saturday, March 31

Perbarisan MSSPS 2012


Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang buat kesekian kalinya telah di tabal selaku 
wakil PKP Tambun Tulang dalam perbarisan majlis pembukaan MSSPS bagi tahun 2012. 
Guru-guru yang dilantik bagi memastikan kontinjen kali ini berjalan 
dengan lancar telah menjalankan tugas dengan cukup cemerlang. 

Bertempat di Stadium Utama Kangar, Perlis, dengan maskot singa, 
PKP Tambun Tulang tetap mempamerkan aksi cemerlang. 
Tahniah buat semua yang mengambil bahagian.








more pictures at SK Tambun Tulang FanPage

Monday, March 26

RIBUT MELANDA NEGERI PERLIS.

Pada hari Ahad 25 Mac 2012, angin kencang telah melanda sebahagian kecil negeri Perlis. Antara yang turut terjejas adalah rumah keluarga pelajar-pelajar SK Tambun Tulang. Biro Kebajikan SK Tambun Tulang diketuai oleh Pn. Che Salbiah Che Chat dan Puan Masiah bt. Mat Arof menziarahi mangsa-mangsa ribut terbabit untuk menghulurkan bantuan. Semoga keluarga-keluarga mangsa tabah menghadapi ujian.

 
Puan Che Salbiah dan Puan Masiah mendengar masalah keluarga yang ditimpa bencana.

Buku-buku pelajaran yang basah dijemur untuk dikeringkan.

Sunday, March 25

Sambutan Maulidur Rasul



Assalamualaikum...

Lagi gambar-gambar sekitar Sambutan Maulidur Rasul 2012













more pictures at SK Tambun Tulang FanPage

Majlis Penyampaian Hadiah sempena Sambutan Maulidur Rasul


Assalamualaikum...

Berikut gambar-gambar dalam bentuk collage
sekitar Majlis Penyampaian Hadiah 
sempena 
Sambutan Maulidur Rasul peringkat SKTT yang lalu.





more pictures at SK Tambun Tulang FanPage



Thursday, March 22

Kejohanan Olahraga dan Balapan Peringkat PKP Tambun Tulang




Assalamulaikum
Bertempat di padang Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang
telah berlangsung kejohanan sukan bagi PKP Tambun Tulang...


syukur alhamdulillah kejohanan yang berlangsung selama dua hari 
telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua pihak

sokongan padu dari semua amatlah dihargai


dan sekalung ucapan tahniah buat pasukan olahraga dan balapan 
SK Tambun Tulang yang berjaya menebus kekecewaan tahun lalu
dengan menduduki tempat ke 3 keseluruhan pada tahun ini.



maskot sekolah yang sentiasa ceria


pasukan perbarisan yang tidak kurang hebatnya



pasukan perbarisan dari kelompok Tambun Tulang


amboiiii sama pulak pakaian cikgu2 sekolah nih


perarakan masuk didahului oleh kontinjen pemegang bendera kejohanan


Puan Jalilah selaku guru besar SK Tambun Tulang
mengiringi tetamu kehormat dalam upacara
tabik hormat



cikgu-cikgu sekolah yang memang sentiasa
'happening' dan tak pernah mengaku kalah dalam memastikan
kejayaan menjadi kenyataan




KEJOHANAN SEPAK TAKRAW  (SEKOLAH RENDAH) PERINGKAT NEGERI
PERLIS 2012.

 Dua orang pelajar dari sekolah SK Tambun Tulang iaitu adik Mohd. Hakimi dan adik Aliff Husaini   telah terpilih mewakili PKP Tambun Tulang untuk kejohanan di atas. Mereka berjaya menjadi Naib Juara Sepaktakraw Sekolah Rendah Peringkat Negeri Perlis..Tahniah diucapkan.

Tahniah!



Wednesday, March 21

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah peringkat SK Tambun Tulang





Assalamualaikum

Perlantikan Pengawas Sekolah
SK Tambun Tulang bagi tahun 2012







Bacaan Ikrar diketuai oleh
Adik Muhammad Syahiir Hakimi b Yusof
Ketua Pengawas SK Tambun Tulang bagi sesi 2012





Piagam Sekolah

Kami staf sekolah ini berikrar,

- Melahirkan murid-murid yang berdisiplin, bersemangat untuk belajar dan bercita-cita tinggi.

- Mendidik murid-murid ke arah kehidupan yang sihat dan persekitaran yang bersih dan indah.

- Menyemai sikap bertanggungjawab dan menyayangi sekolah.

- Melahirkan insan seimbang dari aspek intelek, jasmani, rohani dan emosi melalui pencapaian akademik dan ko-kurikulum

- Mewujudkan suasana pergaulan yang harmoni dan guru-guru serta menjalinkan perhubungan yang akrab di antara sekolah ibu bapa dan masyarakat setempat.

Lagu Sekolah



Lagu Sekolah



Dikeliling sawah nan luas,
Hamparan hijau terbentang,
Tersergamnya indahnya SKTT,
Tandanya maju kejayaan

Terapkan nilai murni,
Dalam jiwa dan raga
Untuk keharmonian
Kita....

Tekun terus maju, 
Usaha tak pernah jemu
Demi cita-cita
Wawasan pastikan jaya

Berpandukan pegangan 
Ilmu Suluh Hidup
Kecemerlangan 
Pasti tercapai



Lagu : Azman Yusuf
Lirik : Azman Yusuf

Visi dan Misi


VISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang Cemerlang Menjelang 2015


MISI SEKOLAH

Bersama menjana SKTT sebagai pusat kecemerlangan pendidikan
yang diyakini dengan menyediakan pendidikan efisyen,
iklim dan budaya sekolah yang kondusif serta hubung jalin
yang erat dengan masyarakat

Tuesday, March 20

Motivasi

Kalau mahukan yg terbaik dalam hidup, pengorbanan adalah YANG PASTI!!!

Published with Blogger-droid v2.0.3

Selamat Datang ke Laman Web SK Tambun Tulang


Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.



Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung Portal Rasmi SK Tambun Tulang. Semoga dengan kunjungan anda dapat memberi manfaat lagi kepadakita semua disamping kita sama- sama dapat berkongsi maklumat dan idea dalam usaha untuk membangunkan modal insan minda kelas pertama.





Alhamdulillah, sama -sama kita memanjatkan rasa kesyukuran kerana wujudnya laman web ini sebagai salah satu agenda pendidikan di Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang. Portal ini diwujudkan atas dasar menjadikan ruang maya ini sebagai salah satu wadah pencambahan ilmu dah penyebaran maklumat kepada orang ramai terutamanya kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, JPN Perlis dan khususnya untuk murid- murid serta ibu bapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sekolah ini.


Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam merancang, menyedia, menyemak, menyunting dan hingga terhasil portal ini. Diharapkan dengan adanya portal ini, jalinan yang sedia ada di antara warga sekolah dengan pelanggan(Ibubapa) serta masyarakat luar dapat diperkukuhkan lagi. Marilah kita bersama- sama berdoa agar segala usaha kita ini dipermudahkan dan akan mencapai sasaran dan objektif sepertimana yang kita sama- sama tentukan.

" SKTT Cemerlang 2015"
"Ilmu Suluh Hidup"
Sekian.


Puan Jalilah bt. Ali
Guru Besar SK Tambun Tulang