Sekapur Sirih



Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.



Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung Portal Rasmi SK Tambun Tulang. Semoga dengan kunjungan anda dapat memberi manfaat lagi kepadakita semua disamping kita sama- sama dapat berkongsi maklumat dan idea dalam usaha untuk membangunkan modal insan minda kelas pertama.





Alhamdulillah, sama -sama kita memanjatkan rasa kesyukuran kerana wujudnya laman web ini sebagai salah satu agenda pendidikan di Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang. Portal ini diwujudkan atas dasar menjadikan ruang maya ini sebagai salah satu wadah pencambahan ilmu dah penyebaran maklumat kepada orang ramai terutamanya kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, JPN Perlis dan khususnya untuk murid- murid serta ibu bapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sekolah ini.


Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam merancang, menyedia, menyemak, menyunting dan hingga terhasil portal ini. Diharapkan dengan adanya portal ini, jalinan yang sedia ada di antara warga sekolah dengan pelanggan(Ibubapa) serta masyarakat luar dapat diperkukuhkan lagi. Marilah kita bersama- sama berdoa agar segala usaha kita ini dipermudahkan dan akan mencapai sasaran dan objektif sepertimana yang kita sama- sama tentukan.

" SKTT Cemerlang 2015"
"Ilmu Suluh Hidup"
Sekian.


Puan Jalilah bt. Ali
Guru Besar SK Tambun Tulang