6 April 2012 - Unit Kaunselling dan Unit Kecemerlangan Sekolah SKTT dengan kerjasama PIBG SK Tambun Tulang telah menganjurkan perjumpaan ibu-bapa pelajar-pelajar tahun 6 buat kali pertama untuk tahun 2012. Majlis tahunan ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada ibu-ibu bapa mengenai pencapaian anak-anak mereka dalam ujian disamping dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan masyarakat setempat. Majlis dimulakan dengan pemberian slip ujian bulan Mac 2012 kepada ibu bapa, diikuti dengan sembahyang maghrib berjemaah. Taklimat kepada ibu-bapa kemudiannya telah disampaikan oleh Guru Besar Sk Tambun Tulang, Puan Jalilah bt. Ali dan Penyelaras UPSR SKTT, En, Rosman bin Ismail. Majlis berakhir selepas para tetamu menjamu selera selepas solat Isyak berjemaah...Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.. SK Tambun Tulang Cemerlang Menjelang 2015.
 |
Guru Besar, Puan Jalilah memberi taklimat kepada ibu-bapa dan pelajar tahun 6. |
 |
Sambutan daripada ibu-bapa amat membanggakan. |
 |
En. Rosman sedang memberikan taklimat. |
 |
Ahli-ahli jawatankuasa PIBG turut bertungkus lumus menjayakan program. |
 |
Ibu-bapa, pelajar dan guru menjamu selera selepas majlis. |
 |
Guru Besar beramah mesra dengan ibu-bapa yang hadir. |
No comments:
Post a Comment