Saturday, April 7

35 Petua Pelajar Cemerlang - Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah


  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10 % apayang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan

PERJUMPAAN IBU-BAPA PELAJAR TAHUN 6 SK TAMBUN TULANG 2012

6 April 2012 - Unit Kaunselling dan Unit Kecemerlangan Sekolah SKTT dengan kerjasama PIBG SK Tambun Tulang telah menganjurkan perjumpaan ibu-bapa pelajar-pelajar tahun 6 buat kali pertama untuk tahun 2012. Majlis tahunan ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada ibu-ibu bapa mengenai pencapaian anak-anak mereka dalam ujian disamping dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan masyarakat setempat. Majlis dimulakan dengan pemberian slip ujian bulan Mac 2012 kepada ibu bapa, diikuti dengan sembahyang maghrib berjemaah. Taklimat kepada ibu-bapa kemudiannya telah disampaikan oleh Guru Besar Sk Tambun Tulang, Puan Jalilah bt. Ali dan Penyelaras UPSR  SKTT, En, Rosman bin Ismail. Majlis berakhir selepas para tetamu menjamu selera selepas solat Isyak berjemaah...Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.. SK Tambun Tulang Cemerlang Menjelang 2015.


Guru Besar, Puan Jalilah memberi taklimat kepada ibu-bapa dan pelajar tahun 6.

Tuesday, April 3

KEJOHANAN BOLA TAMPAR PKP TAMBUN TULANG 2012

3 April 2012- Sk Tambun Tulang sekali lagi melakar sejarah dengan sekali lagi muncul sebagai johan dalam kategori lelaki dan perempuan dalam kejohanan ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta dan guru-guru yang bertungkus-lumus memastikan kejayaan milik SK Tambun Tulang untuk kejohanan kali ini.




Monday, April 2

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SK TAMBUN TULANG 2012

Pada hari Sabtu 31 March 2012 , Unit Kaunseling Sk Tambun Tulang di ketuai oleh Puan Sarinah bt. Hashim telah mengadakan Kursus Kepimpinan pengawas untuk para pengawas sekolah  SK Tambun Tulang. Kursus tersebut berjalan dengan lancar dan adalah diharapkan para pengawas telah mendapat manfaat daripada kursus tersebut...Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua guru yang terlibat menjayakan program ini...Tahniah dan syabas diucapkan!